Wednesday, 7 March 2012


Motivasi Buat Saya & Kamu yang Memikul Amanah Yang Sangat Berat

Beberapa motivasi untuk para huffaz agar terus memelihara al-Quran yang telah dihafaz walaupun ia bukannya mudah dan menuntut komitmen sepanjang hayat.


Syafaat 10 anggota keluarga ke syurga

Dari Ali bin Abu Talib, katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Barang siapa membaca al-quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga."(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi).


Berada dalam rahmat ALLAH

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran, kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman, diliputi rahmat, dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh ALLAH di kalangan para malaikat (yg di langit)." (Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).


Diberi ganjaran pahala

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a.; katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah (al-Quran), maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu digandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan bahawa Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu adalah satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." (Riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi).


Al-Quran sendiri akan memberi syafaat

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a. katanya: Aku mandengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat bagaikan pemberi syafaat kepada tuannya."(Hadis riwayat muslim).


Dipakaikan mahkota pada hari kiamat

Daripada Mu'az bin Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan memakaikan kedua ibu bapanya dengan mahkota pada hari kiamat kelak. Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah-rumah yang ada di dunia. Maka apakah pandangan kamu tentang balasan yang akan diperolehi oleh orang ang membacanya sendiri?" (Hadis riwayat Abu Daud)


Semoga kita kekal istiqamah menjaga, memahami, mengamalkan dan menyampaikan apa yang terkandung di dalam Al-Qur'an..

PERHUBUNGAN KAUNSELING DAN PERSONALITI KAUNSELUR

                                          

Perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor, iaitu mesra, jujur dan menerima tanpa syarat dan berempati.

MESRA
Sifat mesra kaunselor akan dirasakan oleh klien apabila klien menunjukkan tanda-tanda berikut, tidak kekok bercakap, relax, selesa dan ‘rasa’ diterima oleh kaunselor.

JUJUR
Kaunselor yang jujur adalah kaunselor yang tidak berpura-pura dalam perhubungannya dengan klien,. Dia bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensif dan konsisten.
Dia mampu berkongsi aksi dan reaksi dari segi mental dan emosi dan tidak teragak-agak untuk memberi maklum balas.

MENERIMA TANPA SYARAT
Ciri-ciri ini menunjukkan bahawa kaunselor perlu menerima diri klien yang sebenarnya.  Kaunselor perlu menerima diri klien yang sebenarnya.  Kaunselor perlu melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan unik walaupun klien datang dengan cerita yanb berbagai-bagai.  Kaunselor perlu berpandangan terbuka.  Dia perlu mengelakkan diri daripada pandangan yang negative atau serong terhadap kliennya.

BERSIMPATI
Ini merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati pengertian daripada proses ini.